Agar hati Tidak Mati adalah untuk semua pembaca
yang budiman. Moga dapat menilai ilmunya bukan menilai siapa penulisnya. Hamba
cuma sekadar penghubung, pengolah dan penulis yang amat dhaif lagi naïf. Soal
hati membawa erti bahawa kita sentiasa bertanya-tanya tentang hati ini milik
siapa, milik Tuhan yang Esa atau milik manusia yang hina. Kita semua punya
hati, perlu soalan yang inginkan jawapan. Soal hati adalah olahan cerita benar,
kembara hidup seorang hamba yang dahagakan kesempurnaan dan ketenteraman jiwa.
Agar hati Tidak Mati memperkatakan apakah yang
manusia hamba inginkan dalam setiap kehidupannya. Benarkah hidup hanya sekali,
jawapannya tidak. Sesetengah orang ada bicara. Hidup ini hanya sekali. Inilah
masanya untuk berhibur menghabiskan usia. Ketahuilah, hidup setiap hamba ada
lima kali. Sekali di alam rahim, sekali di alam dunia, sekali di alam kubur,
sekali di alam akhirat dan terakhir sekali hidup di alam syurga. Namun hati dan
roh kita hidup hanya sekali. Setiap roh akan melalui lima kehidupan, setiap
hati juga akan melalui lima alam yang berbeza.
Soal hati memperkatakan betapa susahnya
memujuk sekeping darah merah yang lembut ini, mengurut dada meredakan hati yang
sedang marah dan geram.
Hamba hanya mampu menjadi pencetus idea
tentang hati, bukanlah bermaksud hamba ini telahpun sempurna, sekadar berkongsi
apa jua pandangan dan epilog. Setiap kita punya hati, hanya kita yang tahu hati
kita berada di tahap mana.
Hati merupakan kejadian agung yang tiada
tolok bandingan, masakan manusia berfungsi tanpa hati yang memandu arah hidup.
Hati bagaikan pekara wajib yang menjadi tonggak sebuah kehidupan, apabila hati
telah mati, walaupun jasad masih bertenaga, hati hanya berfungsi secara
zahirnya sahaja, tetapi tiada roh yang hidup, ia seolah-olah bangkai bernyawa.
Hidup tidak akan punya erti lagi.

No comments:
Post a Comment